Akta Kewangan 2018 · Updated to 1 Jun 2023 · Bab VII · Pindaan Kepada Akta Cukai Perkhidmatan 2018
90. Pindaan seksyen 27
Feedback & supportSeksyen 27 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Jika—
mana-mana orang kena cukai—
tidak memohon bagi pendaftaran di bawah seksyen 13;
tidak mengemukakan suatu penyata di bawah seksyen 26; atau
mengemukakan suatu penyata yang didapati oleh Ketua Pengarah tidak lengkap atau tidak betul; atau
mana-mana orang selain orang kena cukai yang, dalam menjalankan perniagaannya, memperoleh apa-apa perkhidmatan bercukai diimport—
tidak mengemukakan suatu perisytiharan di bawah seksyen 26A; atau
Kewangan 53
mengemukakan suatu perisytiharan yang didapati oleh Ketua Pengarah tidak lengkap atau tidak betul,
Ketua Pengarah boleh menaksir mengikut pertimbangan terbaiknya amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang kena dibayar di bawah subseksyen 26(8) atau 26A(4), mengikut mana-mana yang berkenaan, jika ada, oleh orang kena cukai itu atau orang yang disebut dalam perenggan (1)(b) dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu tentang taksiran itu secara bertulis.”;
dalam teks bahasa kebangsaan, dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan “kena cukai”;
dalam perenggan (4)(a), dengan menggantikan perkataan
“perenggan
atau
”
dengan perkataan
“subperenggan (1)(a)(i) atau (ii)”;
dalam subseksyen (5)—
dengan menggantikan perenggan
dengan perenggan yang berikut:
“(b) dalam hal orang kena cukai, dalam tempoh bercukai yang dalamnya taksiran itu sepatutnya telah dibuat, atau dalam hal orang yang disebut dalam perenggan
(b), dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen 26A(1),”; dan
dengan memotong perkataan “kena cukai”; dan
dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan
“kepada mana-mana orang kena cukai di bawah subseksyen (1), (2) atau (5), ia hendaklah disifatkan sebagai suatu amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang kena dibayar, oleh orang kena cukai itu dan boleh didapatkan balik dengan sewajarnya dan amaun
54
Undang-Undang Malaysia cukai perkhidmatan dan penalti itu, jika ada, hendaklah dibayar oleh orang kena cukai itu, sama ada atau tidak orang kena cukai itu” dengan perkataan “menurut subseksyen (1),
atau (5), ia hendaklah disifatkan sebagai suatu amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang kena dibayar, oleh orang itu dan boleh didapatkan balik dengan sewajarnya dan amaun cukai perkhidmatan dan penalti itu, jika ada, hendaklah dibayar oleh orang itu, sama ada atau tidak orang itu”.