Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2023Read it in English

Bab VII · Pindaan Kepada Akta Cukai Perkhidmatan 2018

89. Seksyen baharu 26A

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 26 seksyen yang berikut:

“Pengemukaan perisytiharan dan pembayaran cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar oleh orang selain orang kena cukai

26A. (1) Mana-mana orang selain orang kena cukai yang, dalam menjalankan perniagaannya, memperoleh apa-apa perkhidmatan bercukai hendaklah—

(a)

mengakaunkan cukai perkhidmatan yang genap masa dalam suatu perisytiharan sebagaimana yang ditetapkan dan perisytiharan itu hendaklah dikemukakan kepada

Ketua Pengarah; dan

(b)

membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar olehnya, tidak lewat daripada hari terakhir bulan selepas berakhirnya bulan yang pembayaran bagi perkhidmatan itu telah dibuat olehnya atau invois telah diterima olehnya.

(2)

Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1)

yang—

(a)

melanggar subperenggan (1)(a); atau

(b)

mengemukakan suatu perisytiharan yang tidak betul, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kewangan 51

(3)

Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang tidak membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar di bawah perenggan (1)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4)

Jika apa-apa cukai perkhidmatan genap masa dan kena dibayar tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya oleh mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) selepas hari terakhir cukai perkhidmatan itu genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) dan tiada pendakwaan dimulakan, orang kena cukai itu hendaklah membayar—

(a)

untuk tempoh tiga puluh hari pertama cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar;

(b)

untuk tempoh tiga puluh hari kedua cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar; dan

(c)

untuk tempoh tiga puluh hari ketiga cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar.

(5)

Tertakluk pada subseksyen (7), pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (3) boleh dimulakan selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (4)(c).

52

Undang-Undang Malaysia

(6)

Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen (3) untuk membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (4).

(7)

Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (3)

boleh dimulakan terhadap mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang telah membayar amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang dinyatakan di bawah subseksyen (4) dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (4).”.

Report

Bab VIII

Pindaan Kepada Akta Cukai Jualan 2018

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ibu dipinda dalam tajuk, dengan menggantikan perkataan “DAN PEREMITAN” dengan perkataan “, PEREMITAN