Skip to content

Seksyen 24

Liabiliti orang berkenaan dengan vesel penangkapan ikan asing

of Akta Perikanan 1985

ActIn forceProvision 25 of 69
Seksyen 24
(1)

Jika berlaku suatu pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan Bahagian ini atau perundangan subsidiari yang dibuat bagi maksud Bahagian ini, maka pemunya, nakhoda dan tiap-tiap anggota kru vesel penangkapan ikan asing yang berkenaan adalah setiap seorangnya bersalah melakukan suatu kesalahan.

(2)

Dalam Bahagian ini dan dalam mana-mana perundangan subsidiari, “anggota kru” tidak termasuk mana-mana kakitangan atau pemerhati yang adalah warganegara Malaysia dan yang berada atas vesel penangkapan ikan asing menurut suatu syarat permit yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel itu.

(3)

Bagi maksud apa-apa kesalahan di bawah Bahagian ini, beban untuk membuktikan bahawa sesuatu vesel penangkapan ikan bukanlah vesel penangkapan ikan asing adalah terletak pada orang yang dipertuduh melakukan kesalahan yang berhubungan dengannya isu itu berbangkit.