Skip to content

Seksyen 6

of Akta Perikanan 1985

ActIn forceProvision 6 of 69

Seksyen 6

(1)

Ketua Pengarah hendaklah menyediakan dan sentiasa mengkaji semula rancangan perikanan berdasarkan maklumat saintifik terbaik yang ada dan dirancangkan untuk memastikan penggunaan optimum akan sumber perikanan, yang konsisten dengan prinsip pemuliharaan dan pengurusan yang baik dan pengelakan penangkapan ikan yang berlebihan, dan mengikut keseluruhan dasar negara, rancangan dan program kemajuan.

(2)

Setiap rancangan dan setiap ubah suaian atau penyemakannya hendaklah dilaksanakan setelah diluluskan oleh Menteri.

(3)

Segala kemajuan dalam industri perikanan hendaklah menepati pada umumnya polisi pengurusan dan pemuliharaan yang diperihalkan dalam rancangan perikanan.