Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2019Read it in English

Bahagian II · Pentadbiran

3. Tanggungjawab Menteri

Feedback & support
(1)

Menteri adalah bertanggungjawab atas semua perkara berhubung dengan perikanan, termasuklah pemuliharaan, pengurusan dan pemajuan penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara, di

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

perairan perikanan Malaysia, dan pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas, berhubung dengan penyu dan perikanan darat di Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur dan Labuan dan penyu di perairan di luar bidang kuasa mana-mana Negeri dalam Malaysia.

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Ketua Pengarah

Perikanan, dan Menteri boleh melantik beberapa orang Timbalan

Ketua Pengarah Perikanan sebagaimana yang perlu, untuk melaksanakan peruntukan Akta ini kecuali, tertakluk kepada subseksyen (1), peruntukan yang berhubung dengan penyu dan perikanan darat di Negeri-Negeri Malaysia.

(3)

Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab atas pengawasan secara am mengenai semua perkara berhubung dengan perikanan di bawah Akta ini kecuali, tertakluk kepada subseksyen (1), perkara yang berhubung dengan penyu dan perikanan darat di Negeri-Negeri

Malaysia.

(4)

Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan penjalanan apa-apa atau semua kuasa dan fungsi yang diberi kepadanya melalui

Akta ini kepada mana-mana pegawai perikanan atau timbalan pegawai perikanan sebagaimana yang difikirkannya patut.

Report

Bahagian III

Rancangan Perikanan

Bahagian IV

Peruntukan Pelesenan Am

Bahagian V

Bahagian V.

Bahagian V

Vesel Penangkapan Ikan Asing

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Penyu dan Perikanan Darat

Bahagian VIII

Akuakultur

Bahagian IX

Taman Laut dan Rizab Laut

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Peruntukan Am