Seksyen 37
Ketua Pengarah boleh, dengan berunding dengan Pihak Berkuasa
Negeri yang berkenaan, menggalakkan pemajuan dan pengurusan yang rasional bagi perikanan darat melalui—
(a)
penjalanan atau penyelarasan penyelidikan;
(b)
peruntukan dan senggaraan ke atas stesen akuakultur percubaan dan tunjuk cara, tempat pembiak-baik ikan dan pusat latihan;
(c)
peruntukan nasihat dan bantuan teknikal kepada pihak berkuasa yang berkenaan dalam Negeri itu;
(d)
peruntukan kemudahan publisiti dan tunjuk cara dan perkhidmatan lain yang berkaitan; dan
(e)
peruntukan nasihat mengenai langkah untuk mencegah penyakit ikan.
Perikanan 45
Kuasa pihak Berkuasa Negeri dan Menteri untuk membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan penyu dan perikanan darat