Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian VII · Siasatan

29. Tatacara semasa siasatan

Feedback & support
(1)

Tanpa menjejaskan mana-mana terma dan syarat dalam mana-mana perjanjian khas, jika suatu pertikaian berbangkit di antara pemegang lesen dengan pengguna berkenaan dengan perkara yang termasuk di bawah seksyen 13 hingga 21, pertikaian itu boleh dirujukkan kepada Suruhanjaya.

(2)

Suruhanjaya hendaklah—

(a)

memutuskan pertikaian itu dan membuat suatu perintah dengan sewajarnya atau, jika pertikaian itu merupakan suatu pertikaian kontrak di bawah mana-mana terma

Bekalan Gas 35

dalam mana-mana perjanjian, boleh menentukan bahawa pertikaian itu hendaklah mengikut mana-mana peruntukan bagi pemutusan pertikaian di bawah perjanjian itu atau diputuskan oleh mahkamah dengan sewajarnya; atau

(b)

memutuskan bahawa, dengan kelulusan Menteri, suatu jawatankuasa siasatan dibentuk untuk menyiasat pertikaian itu.

(3)

Jawatankuasa penyiasatan yang disebut dalam perenggan (2)(b)

hendaklah terdiri daripada tiga orang anggota yang diketuai oleh seseorang yang dilantik oleh Menteri.

(4)

Bagi maksud siasatan sedemikian, jawatankuasa itu boleh memanggil mana-mana orang supaya menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa tersebut untuk memberikan keterangan dengan bersumpah atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam miliknya yang berhubungan dengan perkara yang menjadi hal perkara siasatan sedemikian dan menyiasat-periksanya sebagai saksi.

(5)

Mana-mana orang yang, di bawah subseksyen (4)—

(a)

setelah dipanggil supaya menghadiri mana-mana siasatan sedemikian, tidak berbuat demikian;

(b)

menunjukkan apa-apa perbuatan tidak hormat atau apa-apa penghinaan atau ancaman kepada jawatankuasa itu atau mana-mana anggotanya dalam sesuatu siasatan; atau

(c)

setelah dikehendaki oleh jawatankuasa itu supaya memberikan keterangan dengan bersumpah atau supaya mengemukakan apa-apa dokumen atau benda, enggan berbuat demikian atau memberikan keterangan palsu atau mengemukakan suatu dokumen atau benda yang diketahuinya adalah palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(6)

Jawatankuasa hendaklah, setelah selesai siasatan, memutuskan pertikaian itu dan membuat suatu perintah dengan sewajarnya.

Undang-Undang Malaysia 36

(7)

Sementara menanti diputuskan apa-apa pertikaian tentang perkhidmatan pembekalan gas di antara seseorang pemegang lesen dengan seseorang pengguna, pemegang lesen itu hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Suruhanjaya, terus memberikan bekalan gas sehingga pertikaian itu diputuskan.

(8)

Mana-mana orang yang terkilan dengan sesuatu keputusan

Suruhanjaya di bawah subseksyen (2) atau keputusan Suruhanjaya di bawah subseksyen (6) boleh memohon kepada Menteri supaya ditimbangkan semula perkara yang dipertikaikan itu.

(9)

Permohonan kepada Menteri hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh keputusan Suruhanjaya, atau dalam apa-apa tempoh lanjut yang dibenarkan oleh Menteri dalam hal keadaan khas, dan hendaklah mengandungi asas-asas kilanan itu.

(10)

Menteri hendaklah kemudian memutuskan pertikaian itu dan membuat perintah sewajarnya dan keputusannya adalah muktamad.

Report

Bahagian VIII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian IX

Bahagian X

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules