Akta Bekalan Gas 1993 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VIII · Kesalahan dan Penalti
30. Kesalahan
Feedback & supportMana-mana orang yang, dengan melanggar seksyen 11, membekalkan gas melalui talian paip tanpa apa-apa lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan, dan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya yang digunakan atau dicadangkan hendak digunakan dalam melakukan kesalahan itu boleh dilucuthakkan.
Bagi maksud subseksyen (1), mana-mana pemegang lesen yang, tanpa kebenaran nyata daripada Suruhanjaya, membekalkan gas atau meletakkan apa-apa talian paip atau membina apa-apa pepasangan di luar kawasan bekalan yang ditentukan dalam lesennya hendaklah disifatkan beroperasi tanpa lesen.
Bekalan Gas 37
Mana-mana orang yang—
enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa akses ke mana-mana tempat menurut kuasanya di bawah seksyen 5;
menyerang, menghalang, menggendalakan atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang berhak dibuatnya di bawah seksyen 5, atau dalam pelaksanaan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa (tertakluk kepada proviso dalam subseksyen 8(2)) apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang, kerana dia mengetahuinya atau ada kuasa untuk berbuat demikian, boleh diberikannya di bawah seksyen 8; atau
dengan disedarinya atau secara melulu memberikan maklumat palsu kepada seseorang orang diberi kuasa di bawah seksyen 8, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana pemegang lesen yang tanpa sebab yang sah tidak mematuhi apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Mana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang sengaja, curang atau cuai menyambung, melaraskan, mengubah, mengalihkan, memusnahkan atau merosakkan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Mana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang curang, gopoh atau cuai mengganggu atau merosakkan mana-mana talian paip atau pepasangan atau
Undang-Undang Malaysia 38
bahagiannya sehingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kecederaan kepada nyawa atau tubuh manusia atau kerosakan kepada mana-mana harta melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang—
menyebabkan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya dilencongkan dari perjalanannya yang sepatutnya dengan tujuan untuk mengambil, menggunakan, memakai atau membazirkan gas darinya;
dengan curang mengubah indeks mana-mana meter atau alatan lain yang digunakan pada atau berkaitan dengan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya kepunyaan mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang lain bagi merekodkan keluaran atau penggunaan gas;
menghalang mana-mana meter atau alatan lain merekodkan dengan sewajarnya keluaran atau penggunaan gas;
merosakkan mana-mana meter atau alatan lain yang digunakan pada atau berkaitan dengan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya bagi merekodkan keluaran atau penggunaan gas; atau
dengan curang mengambil atau menggunakan atau memakai gas, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran sah pemegang lesen, mengusahakan apa-apa kerja atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti berhampiran dengan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya mengikut cara yang mungkin mengganggu talian paip atau pepasangan atau bahagiannya itu atau menyebabkan bahaya kepada mana-mana orang atau harta melainkan jika pemegang lesen telah mengambil semua langkah yang munasabah untuk memberikan notis yang sepatutnya tentang kewujudan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya dan langkah yang ditetapkan oleh Suruhanjaya bagi perlindungan talian paip atau pepasangan atau bahagiannya itu.
Bekalan Gas 39
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (8) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.