Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian X

39. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Feedback & support

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan mana-mana perkara yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini dan khususnya—

(a)

tatacara bagi Suruhanjaya dalam menjalankan fungsi, kewajipan dan kuasanya di bawah Akta ini;

Undang-Undang Malaysia 44

(b)

had perubahan komposisi, tekanan dan ketulenan gas yang dibekalkan;

(c)

pengurusan mana-mana talian paip atau pepasangan di bawah seksyen 11;

(d)

cara bagaimana gas boleh disimpan bagi maksud pengagihan melalui talian paip;

(e)

fi yang kena dibayar bagi lesen yang dikehendaki supaya ditetapkan di bawah Akta ini;

(f)

langkah yang dikehendaki diambil dan kelengkapan yang dikehendaki dibekalkan dan digunakan berkaitan dengan talian paip dan pepasangan untuk menjamin keselamatan awam dan persendirian;

(g)

cara penyampaian dan bentuk notis;

(h)

standard dan cara-cara bagi pembinaan dan bahan yang dikehendaki digunakan bagi talian paip, pepasangan, kelengkapan, atau perkakas;

(i)

jenis latihan, peperiksaan dan ujian bagi pengawardan perakuan di bawah seksyen 35, bentuk perakuan itu, cara pengeluarannya dan pengeluarannya, fi yang kena dibayar bagi peperiksaan dan perakuan itu dan cara dan hal keadaan dalam mana perakuan itu boleh diubahsuaikan, digantung atau dibatalkan;

(j)

cara-cara yang hendaklah diterima pakai, sama ada melalui larangan atau selainnya, untuk mencegah atau memberhentikan apa-apa kacau ganggu yang mungkin berbangkit atau yang berbangkit daripada pengerjaan mana-mana talian paip, pepasangan, kelengkapan atau perkakas;

(k)

pengawalseliaan hubungan di antara pemegang lesen dengan pengguna, seperti peruntukan mengenai pendapatan caj pembekalan, bunga tahunan yang kena dibayar oleh seseorang pemegang lesen kepada mana-mana orang bagi apa-apa cagaran yang diberikan dan apa-apa kadar atau syarat yang berkaitan dengannya, penyambungan, pemberhentian atau pemulihan bekalan gas oleh pemegang lesen, kemasukan ke dalam mana-mana premis oleh pemegang lesen atau pegawai diberi kuasanya bagi maksud yang berhubungan dengan pembekalan, penyambungan, pemberhentian atau pemulihan bekalan, kemasukan bagi

Bekalan Gas 45

maksud menggantikan, membaiki atau mengubah mana-mana talian paip, pepasangan, kelengkapan atau perkakas dan bentuk mana-mana notis yang dikehendaki;

(l)

cara dan tatacara bagi mengkompaunkan kesalahan yang dinyatakan dalam seksyen 34;

(m)

cara dan tatacara bagi penyiasatan apa-apa kemalangan serius yang dilaporkan menurut seksyen 36;

(n)

lat tempoh, masa dan cara bagi pemeriksaan mana-mana paip atau pepasangan, notis (jika ada) yang dikehendaki diberikan berhubungan dengan mana-mana pemeriksaan dan persiapan yang dikehendaki supaya dibuat oleh pemegang lesen atau mana-mana pemunya atau penghuni mana-mana premis bagi pemeriksaan sedemikian;

(o)

fi yang kena dibayar berkenaan dengan pemeriksaan, pengujian dan penyenggaraan pemasangan pengguna, pemasangan dan pengujian meter dan berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan dengan sepatutnya untuk pengguna; dan

(p)

apa-apa perkara lain pada amnya untuk memberikan kuat kuasa kepada peruntukan Akta ini.

Report

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules