Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian XI · Pelbagai

43. Peruntukan peralihan dan kecualian

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana orang yang, sebelum sahaja tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini, telah membekalkan gas melalui talian paip di dalam mana-mana premis boleh terus berbuat demikian dalam tempoh enam bulan dari tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini:

Dengan syarat bahawa dalam tempoh itu orang itu hendaklah membuat permohonan bagi mendapatkan lesen atau pengecualian daripada dikehendaki memegang lesen di bawah Akta ini:

Dengan syarat selanjutnya bahawa jika orang itu sudah pun membuat permohonan dia boleh terus membekalkan gas melalui talian paip di dalam premis yang sama sehingga permohonannya diselesaikan, ditarik balik, dibenarkan atau dikecualikan di bawah

Akta ini.

(2)

Mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya di mana-mana premis yang disebut dalam subseksyen (1) boleh terus dipakai bagi maksud itu sehingga masa diputuskan oleh

Suruhanjaya atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa olehnya bahawa pemakaian itu hendaklah diberhentikan.

Bekalan Gas 47

Report

Schedules