Geological Survey Act 1974 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Arkib dan Kumpulan Penyiasatan Kaji Bumi
Geological Survey Act 1974 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Arkib dan Kumpulan Penyiasatan Kaji Bumi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan supaya ditubuhkan dan disenggarakan rekod mengenai segala maklumat kaji bumi yang didapati olehnya di bawah Akta ini, dan rekod itu hendaklah dikenali dengan nama Arkib Penyiasatan Kaji Bumi.
Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan supaya ditubuhkan dan disenggarakan kumpulan segala batu-batan, galian, bijih, fosil, dan bahan galian lain yang terjadi dengan cara semula jadi dalam bumi yang didapati atau disimpan olehnya di bawah Akta ini, dan kumpulan itu hendaklah dikenali dengan nama Kumpulan Penyiasatan
Kaji Bumi.
16
Undang-Undang Malaysia