Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian I · Permulaan

1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyiasatan Kaji bumi 1974 dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan

Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan untuk permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi Negeri-Negeri atau bahagian-bahagian Malaysia yang berlainan:

Dengan syarat bahawa tiada tarikh boleh ditetapkan di bawah seksyen ini mengenai Sabah dan Sarawak melainkan jika Kerajaan bagi Negeri-Negeri itu telah dirundingi.

6

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian II

Pentadbiran

Bahagian III

Penyiasatan Kaji Bumi Oleh Pegawai Penyiasatan Kaji Bumi

Bahagian IV

Bahagian V

Arkib dan Kumpulan Penyiasatan Kaji Bumi

Bahagian VI