Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian II · Pentadbiran

3. Pelantikan, kuasa dan kewajipan pegawai

(1)

Seorang Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi, seorang

Timbalan Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi, dan pegawai

Penyiasatan Kaji Bumi lain sebagaimana yang difikirkan perlu hendaklah dilantik untuk menjalankan maksud Akta ini.

(2)

Kewajipan dan kuasa pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini ialah kewajipan dan kuasa yang diberikan kepada mereka oleh

Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

(3)

Tiap-tiap pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah dengan pelantikan itu disifatkan sebagai terletak hak dengan semua kuasa mana-mana Pegawai Penyiasatan Kaji Bumi yang berpangkat rendah daripadanya.

(4)

Ketua Pengarah boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang secara bertulis untuk menjalankan sesuatu penyiasatan kaji bumi bagi pihaknya.

(5)

Tiap-tiap pelantikan dan pemberian kuasa di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

(6)

Tertakluk kepada seksyen 4, Ketua Pengarah mempunyai kuasa mengawasi semua pegawai lain yang dilantik atau semua orang yang diberi kuasa di bawah seksyen ini.

8

Undang-Undang Malaysia

(7)

Semua pegawai yang dilantik dan semua orang yang diberi kuasa di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Report

Bahagian III

Penyiasatan Kaji Bumi Oleh Pegawai Penyiasatan Kaji Bumi

Bahagian IV

Bahagian V

Arkib dan Kumpulan Penyiasatan Kaji Bumi

Bahagian VI