Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PENYIASATAN KAJI BUMI 1974

Seksyen 19

Jika suatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh suatu syarikat, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain, mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya atau seorang pekongsi syarikat, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain itu atau adalah berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkan olehnya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha bagi mengelakkan berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya dijalankan olehnya, dengan mengambil perhatian tentang jenis fungsinya atas sifat yang demikian dan tentang segala hal keadaan.