Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“analisis” ertinya penentuan kandungan suatu spesimen atau contoh dengan kaedah fizik atau kimia;
“bahan batu-batan” ertinya apa-apa batu-batan, batu, marmar, batu kelikir, pasir, tanah, laterit, tanah gembur, tanah liat, tanah-tanih, lumpur, turf, tanah gambut, karang, cangkerang atau tahi kelawar di dalam atau di atas mana-mana tanah;
“bahan berfosil” ertinya apa-apa bahan galian, termasuk bahan batu-batan, yang mengandungi baki atau kesan binatang atau pokok yang telah terpelihara melalui proses semula jadi di dalam kerak bumi;
“bijih” ertinya kumpulan galian pepejal yang terjadi dengan cara semula jadi yang mempunyai kepentingan ekonomi yang daripadanya satu juzuk yang berharga atau lebih boleh didapati dengan cara pengolahan;
“contoh” ertinya sesuatu pecahan benda yang terjadi dengan cara semula jadi yang merupakan jisim yang daripadanya ia menjadi sebahagian;
“galian” ertinya apa-apa bahan sama jenis semula jadi yang mempunyai kandungan tetap kimia dan susunan atom yang tertib;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi yang dilantik di bawah seksyen 3;
“orang yang diberi kuasa” ertinya seseorang yang diberi kuasa oleh seorang Pegawai Penyiasatan Kaji Bumi bagi membuat suatu penyiasatan kaji bumi;
“Pegawai Penyiasatan Kaji Bumi” ertinya seseorang yang dilantik di bawah seksyen 3;
“Pemungut” ertinya seorang Pentadbir Tanah mengikut pengertian
Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965] dan Pemungut Hasil
Tanah mengikut pengertian Ordinan Tanah bagi Sabah [Bab 68]
dan berhubung dengan Sarawak ertinya Penguasa yang dilantik di bawah seksyen 3 Kanun Tanah bagi Sarawak [Bab 81];
Penyiasatan Kaji Bumi 7
“pengenalan” ertinya menamakan sesuatu contoh dengan menggunakan ujian fizik dan kimia yang senang apabila perlu;
“penyiasatan kaji bumi” ertinya apa-apa siasatan yang sistematik mengenai permukaan atau isi bumi dengan atau tanpa bantuan apa-apa sukatan fizik atau kimia;
“spesimen” ertinya sesuatu pecahan benda yang terjadi dengan cara semula jadi yang tidak semestinya merupakan jisim yang daripadanya ia menjadi sebahagian.