Geological Survey Act 1974 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Pentadbiran
Geological Survey Act 1974 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Pentadbiran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Ketua Pengarah boleh memberi kuasa kepada seseorang
Pegawai Penyiasatan Kaji Bumi untuk menjalankan perundingan, penganalisisan atau perkhidmatan lain untuk seseorang lain.
Seseorang Pegawai Penyiasatan Kaji Bumi yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki orang yang berunding dengannya itu mendapatkan kebenaran bertulis daripada tuan punya atau penduduk segala tanah yang hendak dimasuki olehnya, dan mendapatkan permit dan kuasa sebagaimana yang perlu di bawah mana-mana undang-undang bagi maksud perundingan, penganalisisan atau perkhidmatan lain.
Sekiranya apa-apa spesimen atau contoh dikemukakan untuk dianalisis, seseorang Pegawai Penyiasatan Kaji Bumi yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) boleh memerintahkan supaya disimpan atau dilupuskan spesimen atau contoh itu atau apa-apa bahagiannya sebagaimana yang difikirkannya patut.
Bayaran untuk perundingan, khidmat penganalisisan atau khidmat lain di bawah seksyen ini boleh dikenakan pada apa-apa kadar sebagaimana yang ditetapkan.
Penyiasatan Kaji Bumi 9
Bahagian III
Bahagian V