Akta Ahli Geologi 2008 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian II · Lembaga Ahli Geologi
12. Pelantikan pengganti bagi anggota
Feedback & supportJika seseorang anggota Lembaga mati atau meletakkan jawatannya atau selainnya mengosongkan jawatannya atau jika pelantikannya dibatalkan, Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, melantik seorang anggota baru untuk menggantikannya dan anggota yang dilantik itu hendaklah memegang jawatan bagi baki tempoh pelantikan anggota yang digantinya itu.