Akta Ahli Geologi 2008 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian II · Lembaga Ahli Geologi
13. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Feedback & supportMenteri boleh melantik mana-mana anggota untuk bertindak sebagai Pengerusi—
dalam apa-apa tempoh apabila jawatan Pengerusi kosong;
dalam apa-apa tempoh apabila Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak berada di Malaysia; atau
dalam apa-apa tempoh apabila Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan tugas jawatannya.
Sehingga suatu pelantikan di bawah subseksyen (1) dibuat atau jika tiada pelantikan sedemikian atau jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Lembaga, Lembaga hendaklah memilih seorang daripada anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(c) atau 6(2)(c), mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk melaksanakan fungsi Pengerusi.
Seseorang anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1)
atau anggota yang disebut dalam subseksyen (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, sepanjang tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini disifatkan sebagai Pengerusi.
Jika pada mana-mana mesyuarat Lembaga baik Pengerusi mahupun orang yang menjalankan fungsi Pengerusi tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada kalangan anggota yang hadir itu untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
Undang-Undang Malaysia 18