Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian XVII · Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

179. Pengemukaan penyata bagi tempoh bercukai terakhir

Feedback & support
(1)

Walau apa pun subseksyen 178(1), mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Akta Cukai Jualan 1972 hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Cukai Jualan 1972 bagi tempoh bercukai terakhir tidak lewat daripada dua puluh lapan hari atau apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dari tarikh efektif.

(2)

Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah menyatakan dan membayar amaun cukai jualan yang dikenakan di bawah perenggan 6(a) Akta Cukai Jualan 1972 yang menjadi genap masa semasa tempoh bercukai terakhir.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “tempoh bercukai terakhir”

ertinya tempoh dua bulan kalendar atau sebahagian daripadanya yang berakhir pada tarikh efektif.

Report

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules