Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XVII · Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972
180. Pembayaran cukai jualan bagi orang tidak berdaftar
Feedback & supportWalau apa pun subseksyen 178(1), mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Akta Cukai Jualan 1972 dan tidak berdaftar di bawah Akta ini adalah dikehendaki untuk mengakaun dan membayar cukai jualan ke atas barang yang dipegang pada tarikh efektif—
yang diperoleh tanpa cukai jualan di bawah seksyen 9
Akta Cukai Jualan 1972;
yang dikecualikan daripada cukai jualan di bawah seksyen 10 Akta Cukai Jualan 1972; atau
jika suatu potongan cukai jualan telah dibuat bagi barang yang dibeli di bawah seksyen 31a Akta Cukai Jualan 1972.
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah dikehendaki untuk mengakaun dan membayar cukai jualan ke atas barang siap dan separa siap yang dipegang pada tarikh efektif.
Jika seseorang dikehendaki mengakaun cukai jualan yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2), dia hendaklah menyatakan amaun cukai jualan yang dikehendaki untuk dibayar dalam penyata di bawah subseksyen 179(1).
Undang-Undang Malaysia 162