Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian I · Permulaan

2. Tafsiran

Feedback & support
(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“balasan” berhubung dengan pembekalan barang atau perkhidmatan kepada mana-mana orang, termasuklah apa-apa bayaran yang dibuat atau yang hendak dibuat, sama ada dalam bentuk wang atau selainnya, atau apa-apa perbuatan atau perbuatan menahan diri, sama ada secara sukarela atau tidak, berkenaan dengan, gerak balas kepada, atau bagi mendorong, pembekalan barang atau perkhidmatan, sama ada oleh orang itu atau mana-mana orang lain:

Dengan syarat bahawa suatu deposit, sama ada boleh dibayar balik atau tidak, yang diberikan berkenaan dengan pembekalan barang atau perkhidmatan tidak boleh dianggap sebagai bayaran yang dibuat bagi pembekalan itu melainkan jika pembekal menggunakan deposit itu sebagai balasan bagi pembekalan itu;

“barang” ertinya apa-apa jenis harta alih dan tak alih tetapi tidaklah termasuk wang kecuali—

(a)

wang kertas atau syiling sebelum ia menjadi sah diperlakukan di Malaysia atau di mana-mana negara lain; atau

(b)

item yang digemari pengumpul, artikel pelaburan atau item yang bernilai numismatik;

“cukai” ertinya cukai barang dan perkhidmatan;

“cukai input” ertinya—

(a)

cukai ke atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan kepada orang kena cukai; dan

(b)

cukai yang dibayar atau yang akan dibayar oleh orang kena cukai ke atas apa-apa pengimportan barang, dan barang atau perkhidmatan itu digunakan atau yang hendak digunakan bagi maksud apa-apa perniagaan yang dijalankan atau yang hendak dijalankan oleh orang kena cukai itu:

Dengan syarat bahawa jika barang atau perkhidmatan itu digunakan atau akan digunakan sebahagiannya bagi maksud apa-apa perniagaan yang dijalankan atau akan dijalankan oleh orang

Akta 762 Teks 1 BM.indd 14 6/19/14 5:54:30 PM

Cukai Barang dan Perkhidmatan 15

kena cukai itu dan sebahagiannya bagi maksud lain, cukai ke atas pembekalan dan pengimportan hendaklah diagihkan supaya hanya sebanyak yang boleh dihubungkaitkan dengan maksud perniagaannya dikira sebagai cukai inputnya;

“cukai output” ertinya cukai ke atas apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan yang dibuat oleh orang kena cukai dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaannya di

Malaysia;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];

“duti eksais” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Eksais 1976 [Akta 176];

“duti kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967 [Akta 235];

“elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 5 Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 [Akta 680];

“import” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967;

“invois” termasuklah apa-apa dokumen yang serupa dengan suatu invois;

“invois cukai” ertinya suatu invois yang dikehendaki supaya dikeluarkan oleh orang kena cukai di bawah seksyen 33;

“kawalan eksais” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Eksais 1976;

“kawalan kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967;

“kawasan ditetapkan” ertinya Labuan, Langkawi atau Tioman;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Kastam 1967;

Akta 762 Teks 1 BM.indd 15 6/19/14 5:54:30 PM

Undang-Undang Malaysia 16

“komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Jenayah Komputer 1997 [Akta 563];

“Labuan” ertinya Pulau Labuan dan pulau takluknya, iaitu,

Rusukan Besar, Rusukan Kecil, Keraman, Burong, Papan dan

Daat;

“Langkawi” ertinya Pulau Langkawi dan semua pulau yang berdampingan dengannya yang terletak lebih hampir dengan Pulau

Langkawi daripada tanah besar;

“Malaysia” ertinya wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia, perairan wilayah Malaysia dan dasar laut dan tanih bawah perairan wilayah itu, dan termasuklah mana-mana kawasan yang melangkaui had wilayah perairan Malaysia, dan dasar laut dan tanih bawah mana-mana kawasan sedemikian, yang telah atau mungkin selepas ini ditetapkan di bawah undang-undang Malaysia sebagai kawasan yang terhadapnya Malaysia mempunyai hak kedaulatan bagi maksud menjelajah dan mengeksploitasi sumber semula jadi, sama ada yang berupa hidupan atau bukan hidupan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“notis elektronik” ertinya apa-apa dokumen yang dihantar oleh pengguna berdaftar dengan cara perkhidmatan elektronik;

“orang berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah

Bahagian IV;

“orang kena cukai” ertinya mana-mana orang yang atau yang bertanggungan untuk didaftarkan di bawah Akta ini;

“pegawai cukai barang dan perkhidmatan” ertinya mana-mana pegawai kastam yang bertindak dalam menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini, sama ada kewajipan itu diberikan kepadanya secara khusus atau am, atau secara nyata atau tersirat;

“pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan” ertinya—

(a)

Ketua Pengarah;

(b)

mana-mana Timbalan Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967;

Akta 762 Teks 1 BM.indd 16 6/19/14 5:54:31 PM

Cukai Barang dan Perkhidmatan 17

(c)

mana-mana Penolong Ketua Pengarah Kastam dan

Eksais, Pengarah Kastam dan Eksais, Penolong Kanan

Pengarah Kastam dan Eksais dan Penolong Pengarah

Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah subseksyen 3(1)

Akta Kastam 1967;

(d)

mana-mana Penguasa Kanan Kastam dan Eksais atau

Penguasa Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah subseksyen 3(4) Akta Kastam 1967; atau

(e)

mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan, yang diberi kuasa seorang pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan di bawah subseksyen 5(4);

“pegawai kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967;

“pegawai pematuhan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 27 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

[Akta 743];

“pembekalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4;

“pembekalan bercukai” ertinya suatu pembekalan barang atau perkhidmatan yang merupakan pembekalan berkadar standard dan pembekalan berkadar sifar dan tidak termasuk suatu pembekalan dikecualikan;

“pembekalan berkadar sifar” ertinya suatu pembekalan berkadar sifar di bawah seksyen 17;

“pembekalan dikecualikan” ertinya suatu pembekalan dikecualikan yang ditentukan di bawah seksyen 18;

“pemunya”—

(a)

berkenaan dengan barang, termasuklah mana-mana orang yang merupakan atau yang mengemukakan dirinya sebagai pemunya, atau orang yang memiliki, atau yang berkepentingan secara benefisial dalam, atau mempunyai apa-apa kawalan ke atas, atau kuasa melupuskan, barang itu;

Akta 762 Teks 1 BM.indd 17 6/19/14 5:54:31 PM

Undang-Undang Malaysia 18

(b)

berkenaan dengan sesuatu pengangkut, termasuklah mana-mana orang yang bertindak sebagai seorang ejen bagi pemunya pengangkut itu atau yang menerima tambang muatan atau caj lain yang kena dibayar berkenaan dengan pengangkut itu;

“pengangkut” termasuklah apa-apa vesel, kereta api, kenderaan, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan lain yang boleh mengangkut orang atau barang;

“perkhidmatan” ertinya apa-apa yang dilakukan atau hendak dilakukan termasuk pemberian, peletakhakan atau penyerahan apa-apa hak atau penyediaan apa-apa kemudahan atau manfaat tetapi tidak termasuk pembekalan barang atau wang;

“perkhidmatan diimport” ertinya apa-apa perkhidmatan oleh pembekal yang tempatnya di suatu negara selain Malaysia atau yang menjalankan perniagaan di luar Malaysia, kepada penerima yang tempatnya di Malaysia, dan perkhidmatan itu digunakan di

Malaysia;

“perkhidmatan elektronik” ertinya perkhidmatan yang disediakan oleh Ketua Pengarah kepada pengguna berdaftar di bawah seksyen 166;

“perkiraan” ertinya apa-apa perjanjian, kontrak, pelan, persefahaman, skim, amanah, pemberian, waad, pelupusan atau transaksi dan termasuklah segala langkah yang melaluinya ia dilaksanakan;

“perkiraan kewangan Islam” ertinya suatu kontrak bertulis yang dikaitkan dengan suatu pembekalan kewangan mengikut prinsip

Syariah;

“perkongsian liabiliti terhad” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;

“perniagaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3;

“surcaj” berkenaan dengan apa-apa kemungkiran membayar apa-apa ansuran, ertinya caj yang terakru di bawah subseksyen 51(2);

Akta 762 Teks 1 BM.indd 18 6/19/14 5:54:31 PM

Cukai Barang dan Perkhidmatan 19

“tambahan kadar rata” ertinya tambahan kadar rata yang ditetapkan di bawah seksyen 74;

“tempat tinggal biasa” ertinya—

(a)

berhubung dengan pertubuhan perbadanan, tempat yang perbadanan itu diperbadankan atau selainnya ditubuhkan di sisi undang-undang;

(b)

berhubung dengan pertubuhan orang bukan perbadanan, tempat yang perbadanan itu mempunyai pusat pentadbirannya;

(c)

berhubung dengan individu, tempat yang dia biasa tinggal;

“tempoh bercukai” ertinya apa-apa tempoh yang ditentukan atau diperuntukkan di bawah seksyen 40;

“Tioman” ertinya Pulau Tioman dan pulau-pulau Soyak, Rengis,

Tumok, Tulai, Chebeh, Labas, Sepoi dan Jahat;

“wang” termasuklah mata wang sama ada mata wang Malaysia atau mana-mana negara lain.

(2)

Perenggan 1 Jadual Ketiga hendaklah terpakai berhubung dengan apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai “nilai pasaran terbuka”.

Report

Bahagian II

Pentadbiran

Bahagian III

Pengenaan dan Skop Cukai

Bahagian IV

Pendaftaran

Bahagian V

Bahagian VI

Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian VII

Bahagian VII.

Bahagian VII

Pelepasan, Pembayaran Balik dan Peremitan

Bahagian VIII

Kes khas

Bahagian IX

Ketetapan Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules