Seksyen 4
Pengertian “pembekalan”
of Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014
Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), “pembekalan”
ertinya semua bentuk pembekalan, termasuk pembekalan perkhidmatan diimport, dilakukan bagi suatu balasan dan apa-apa yang bukan pembekalan barang tetapi dilakukan bagi suatu balasan ialah suatu pembekalan perkhidmatan.
(2)
Perkara yang hendaklah dikira sebagai suatu pembekalan barang atau suatu pembekalan perkhidmatan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
(3)
Perkara yang hendaklah dikira sebagai bukan suatu pembekalan barang mahupun suatu pembekalan perkhidmatan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(4)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, meminda Jadual Pertama dan Jadual Kedua.
(5)
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (4)
hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 20 6/19/14 5:54:31 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 21