Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian VII · Pelepasan, Pembayaran Balik dan Peremitan

59. Pelepasan barang terpakai

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang kena cukai boleh mendapat suatu pengurangan apa-apa cukai yang boleh dikenakan ke atas apa-apa pembekalan barang yang ditetapkan dalam hal jika ke atas pembekalan terdahulu berkaitan barang itu—

(a)

tiada cukai boleh dikenakan; atau

(b)

cukai boleh dikenakan mengikut seksyen ini.

(2)

Cukai yang boleh dikenakan ke atas pembekalan barang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dikurangkan ke atas cukai yang dikenakan seolah-olah pembekalan barang yang ditetapkan itu adalah bagi suatu balasan yang bersamaan dengan lebihan X - Y, iaitu

X ialah balasan bagi barang yang dibekalkan; dan

Y ialah balasan bagi barang yang diperoleh, dan jika tiada lebihan, cukai tidaklah dikenakan.

(3)

Seksyen ini hendaklah diperluaskan dalam hal jika pengimportan atau jualan barang terdahulu yang ditetapkan telah dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Jualan 1972.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, sebutan mengenai suatu pembekalan barang yang ditetapkan jika tiada cukai dikenakan termasuk sebutan mengenai perkara di bawah perenggan 4 Jadual Kedua.

Report

Bahagian VIII

Kes khas

Bahagian IX

Ketetapan Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules