Skip to content

Seksyen 61

Skim Bayar Balik Pelancong

of Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014

ActRepealedProvision 61 of 65
Seksyen 61
(1)

Hendaklah ada suatu skim yang dikenali sebagai “Skim

Bayar Balik Pelancong” yang membenarkan mana-mana pelancong yang layak untuk menuntut suatu pembayaran balik ke atas cukai yang dibayar ke atas barang tertentu yang dibeli di Malaysia daripada suatu kedai yang diluluskan.

(2)

Menteri boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi ejen pembayaran balik diluluskan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan sebagaimana yang difikirkannya patut untuk dikenakan.

(3)

Pelaksanaan Skim Bayar Balik Pelancong hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

Peremitan cukai, dsb.