Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian X · Penguatkuasaan

81. Akses ke tempat atau premis

Feedback & support
(1)

Mana-mana pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan hendaklah bagi maksud Akta ini pada setiap masa mempunyai akses sepenuhnya dan secara bebas ke mana-mana tempat atau premis di mana mana-mana orang menjalankan perniagaannya.

(2)

Jika mana-mana pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), orang yang menjalankan perniagaannya atau mana-mana orang lain yang berada di tempat atau premis pada masa kemasukan itu hendaklah menyediakan kepadanya segala kemudahan dan bantuan yang munasabah dan bantuan bagi dia menjalankan kewajipannya di bawah seksyen ini.

(3)

Jika mana-mana pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan memasuki mana-mana tempat atau premis mengikut peruntukan seksyen ini, dia boleh—

(a)

menghendaki orang kena cukai atau mana-mana orang lain untuk mengemukakan apa-apa barang, dokumen atau benda yang berhubung dengan perniagaan orang itu dan, jika dia ialah seorang orang kena cukai, apa-apa rekod yang dikehendaki untuk disimpan di bawah seksyen 36;

(b)

memeriksa apa-apa barang, dokumen atau benda;

(c)

menyita dan menahan apa-apa barang, dokumen atau benda jika pada pendapatnya ia boleh memberi keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;

(d)

menghendaki orang itu untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan apa-apa barang, dokumen atau benda;

(e)

menghendaki apa-apa bekas, sampul atau bekas muatan yang lain di dalam tempat atau premis itu untuk dibuka;

(f)

atas risiko dan perbelanjaan pemunya perniagaan itu, membuka dan memeriksa apa-apa bungkusan, atau apa-apa barang atau bahan di dalam tempat atau premis itu;

atau

(g)

mengambil sampel mana-mana barang atau bahan dan membuat salinan atau cabutan apa-apa dokumen, jika difikirkannya perlu.

Undang-Undang Malaysia 104

(4)

Jika mana-mana pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan tidak dapat memperoleh akses sepenuhnya dan secara bebas ke tempat atau premis di bawah subseksyen (1) atau ke mana-mana bekas muatan yang berada di dalam tempat atau premis itu, dia boleh, pada bila-bila masa, memasuki tempat atau premis itu dan membuka tempat muatan itu dengan menggunakan kekerasan, jika perlu.

(5)

Mana-mana orang yang enggan untuk membenarkan mana-mana pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan untuk memasuki mana-mana tempat atau premis mengikut seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules