Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian X · Penguatkuasaan

82. Majistret boleh mengeluarkan waran geledah

Feedback & support
(1)

Apabila ternyata pada mana-mana Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana tempat, premis atau pengangkut, terdapat apa-apa barang, dokumen atau benda yang disembunyikan atau disimpan yang boleh memberikan keterangan berhubung dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini,

Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan yang dinamakan dalamnya, pada bila-bila masa dan dengan atau tanpa bantuan—

(a)

untuk memasuki tempat, premis atau pengangkut itu dan untuk menggeledah dan menyita barang, dokumen atau benda;

(b)

untuk menangkap mana-mana orang yang berada di dalam tempat, premis atau pengangkut itu yang dalam milikannya barang, dokumen atau benda itu ditemui atau yang disyaki dengan munasabah sebagai telah menyembunyikan atau menyimpan barang, dokumen, atau benda itu.

(2)

Pegawai cukai barang dan perkhidmatan yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) boleh, jika perlu untuk berbuat demikian—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam tempat, premis atau pengangkut itu dan memasuki tiap-tiap bahagiannya, jika perlu dengan kekerasan;

Cukai Barang dan Perkhidmatan 105

(b)

mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan untuk menggeledah atau menyita sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melakukannya; dan

(c)

menahan tiap-tiap orang yang ditemui di dalam tempat, premis atau pengangkut itu sehingga penggeledahan itu selesai.

Report

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules