Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Act of Parliament

Holidays Act 1951

Feedback & supportPublic and bank holidays

Long title

Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai hari kelepasan am dan hari kelepasan bank.

In force · Updated to 1 Jan 2013

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―

“hari kelepasan mingguan” ertinya hari Ahad atau, di Negeri-Negeri di mana hari Jumaat diterima sebagai hari kelepasan mingguan, hari

Jumaat;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hari kelepasan am dan hari kelepasan bank.

“Semenanjung Malaysia” mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 369

s 3Hari kelepasan am

Beberapa hari yang disebut dalam Jadual Pertama hendaklah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, menjadi hari kelepasan am:

Dengan syarat bahawa, kecuali dan melainkan jika―

(a)

Pihak Berkuasa Negeri dalam hal mana-mana Negeri; atau

(b)

Menteri dalam hal Wilayah Persekutuan,

Melalui pemberitahuan dalam Warta memperuntukkan selainnya, jika mana-mana hari kelepasan am tersebut jatuh pada hari kelepasan mingguan dalam mana-mana

Negeri atau dalam

Wilayah

Persekutuan, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am dan jika hari tersebut adalah sememangnya hari kelepasan am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.

s 4Pengecualian daripada hari kelepasan am

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan mengecualikan keseluruhan atau sebahagiannya daripada kuat kuasa Akta ini mana-mana pejabat awam atau mana-mana jabatannya dan pegawai dan pekerja pejabat atau Jabatan tersebut, dan sesudah itu, tertakluk kepada apa-apa batasan sebagaimana yang dikenakan oleh peraturan-peraturan itu, segala perbuatan dan perkara yang berhubungan dengan pejabat awam atau jabatan tersebut boleh dilakukan dan dilaksanakan pada mana-mana hari kelepsan am seolah-olah hari tersebut tidak diisytiharkan sebagai hari kelepasan am menurut kuasa Akta ini.

Hari Kelepasan 7

Hari kelepasan bank

*5. Beberapa hari yang disebut dalam Jadual Kedua hendaklah diterima sebagai hari kelepasan tutup bagi semua bank di

Semenanjung Malaysia dan kemudian daripada ini disebut sebagai hari kelepasan bank.

s 6Pengecualian daripada hari kelepasan bank

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan mengecualikan keseluruhan atau sebahagiannya daripada kuat kuasa Akta ini mana-mana bank, dan sesudah itu, tertakluk kepada apa-apa batasan sebagaimana yang dikenakan oleh peraturan-peraturan itu, segala perbuatan dan perkara yang berhubungan dengan bank tersebut boleh dilakukan dan dilaksanakan pada mana-mana hari kelepasan bank seolah-olah hari tersebut tidak diisytiharkan sebagai hari kelepasan bank menurut kuasa Akta ini.

(1)

Kecuali jika diperuntukkan dengan nyata sebaliknya melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau melalui kontrak bertulis, tiada seorang pun boleh pada hari kelepasan am dipaksa membuat apa-apa pembayaran di bawah, atau melakukan apa-apa perbuatan dalam melaksanakan, sesuatu kontrak:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh disifatkan sebagai menyentuh terma dan syarat perkhidmatan yang di bawahnya seseorang itu diambil bekerja.

(2)

Tiada seorang pun boleh pada hari kelepasan bank dipaksa membuat apa-apa pembayaran di dalam atau disesuatu bank atau melakukan di dalam atau di sesuatu bank apa-apa perbuatan yang memerlukan perkhidmatan bank.

*CATATAN―Semua bank di Semenanjung Malaysia tidak termasuk dalam kuat kuasa seksyen 5 dan

Jadual Kedua, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369]–lihat P.U.P. 346/1963.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 369

(3)

Obligasi untuk membuat pembayaran sedemikian atau untuk melakukan perbuatan tersebut hendaklah terpakai bagi hari yang berikutan hari kelepasan am atau hari kelepasan bank tersebut yang bukannya hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am atau hari kelepasan bank.

(4)

Pembayaran yang dibuat dan perbuatan yang dilakukan pada hari berikutnya itu adalah sama dengan pembayaran wang atau pelaksanaan perbuatan itu pada hari kelepasan tersebut.

s 8Menteri boleh menetapkan hari khas untuk diterima sebagai hari kelepasan bank atau hari kelepasan am

Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang difikirkannya patut, menetapkan, berkenaan dengan Semenanjung Malaysia, atau Wilayah Persekutuan atau, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan sesuatu Negeri, suatu hari untuk diterima sebagai hari kelepasan am atau hari kelepasan bank sebagai tambahan kepada, atau untuk menggantikan, mana-mana hari yang disebut dalam Jadual dan sesudah itu Akta ini hendaklah, dalam Semenanjung Malaysia, atau Wilayah Persekutuan, atau dalam Negeri, yang berkenaan dengannya suatu hari telah ditetapkan untuk diterima sebagai hari kelepasan seperti yang disebut terdahulu, terpakai bagi hari itu dengan cara yang sama seolah-olah hari tersebut telah disebut dalam

Jadual Pertama atau Jadual Kedua mengikut mana-mana yang berkenaan.

(1)

Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam

Warta atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang difikirkannya patut, menetapkan suatu hari untuk dijadikan sebagai hari kelepasan am Negeri dalam mana-mana Negeri itu, dan hari tersebut hendaklah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, diterima sebagai hari kelepasan am dalam Negeri tersebut.

Hari Kelepasan 9

(2)

Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang difikirkannya patut, menetapkan suatu hari untuk dijadikan sebagai hari kelepasan am

Wilayah Persekutuan dalam Wilayah Persekutuan, dan hari tersebut hendaklah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, diterima sebagai hari kelepasan am dalam Wilayah

Persekutuan.

(3)

Seksyen 7 hendaklah terpakai—

(a)

bagi Negeri itu berkenaan dengan hari kelepasan am

Negeri tersebut; dan

(b)

bagi Wilayah Persekutuan berkenaan dengan hari kelepasan am Wilayah Persekutuan tersebut, sebagaimana yang ianya terpakai bagi Semenanjung Malaysia berkenaan dengan hari kelepasan am yang ditetapkan di bawah seksyen 3.

(4)

Dalam seksyen ini sebutan mengenai sesuatu Negeri atau

Wilayah Persekutuan hendaklah termasuk sebutan mengenai mana-mana pecah bahagian yang diiktiraf bagi sesuatu Negeri atau Wilayah

Persekutuan.

s 10Pengecualian daripada hari kelepasan am Negeri dan Wilayah Persekutuan

Pihak Berkuasa Negeri boleh berkenaan dengan mana-mana hari kelepasan am Negeri yang diisytiharkan di bawah seksyen 9, dan

Menteri boleh berkenaan dengan mana-mana hari kelepasan am

Wilayah Persekutuan yang diisytiharkan di bawah seksyen 9, membuat peraturan mengecualikan keseluruhannya atau sebahagiannya daripada kuat kuasa Akta ini mana-mana pejabat awam atau mana-mana jabatannya dalam Negeri tersebut atau

Wilayah Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan pegawai dan pekerja pejabat atau jabatan tersebut, dan sesudah itu, tertakluk kepada apa-apa batasan sebagaimana yang dikenakan oleh peraturan itu, segala perbuatan dan perkara yang berhubungan dengan

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 369

pejabat awam atau jabatan tersebut boleh dilakukan dan dilaksanakan dalam Negeri tersebut atau Wilayah Persekutuan pada mana-mana hari kelepasan Negeri atau mana-mana hari kelepasan Wilayah

Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah hari tersebut tidak diisytiharkan sebagai hari kelepasan am Negeri atau hari kelepasan am Wilayah Persekutuan menurut kuasa Akta ini.

(1)

Bagi maksud memudahkan mengadakan apa-apa pilihan raya di bawah Akta Pilihan Raya 1958 [Akta 19], Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta atau dengan apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya patut, berkenaan dengan mana-mana Negeri, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri, atau berkenaan dengan

Wilayah

Persekutuan, mengarahkan penutupan mana-mana mahkamah, pejabat awam atau jabatan sebagaimana yang difikirkannya patut pada mana-mana hari yang dinyatakan dalam perintah itu, dan sesudah itu perintah tersebut hendaklah berkuat kuasa dalam mana-mana Negeri atau Wilayah

Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Bagi maksud memudahkan mengadakan apa-apa pilihan raya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pemilihan orang untuk menjadi ahli-ahli Dewan Undangan,

Pihak Berkuasa Negeri selepas berunding dengan Menteri, boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta atau dengan apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya patut, mengarahkan penutupan mana-mana mahkamah, pejabat awam atau jabatan sebagaimana yang difikirkannya patut pada mana-mana hari yang dinyatakan dalam perintah itu dan sesudah itu perintah tersebut hendaklah berkuat kuasa dalam Negeri itu.

(3)

Seksyen 7 hendaklah terpakai berkenaan dengan segala perbuatan dan perkara yang berhubungan dengan mana-mana mahkamah, pejabat awam atau jabatan yang ditutup mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen in seolah-olah mana-mana hari yang dinyatakan dalam perintah tersebut adalah hari kelepasan am yang ditetapkan di bawah seksyen 3.

Hari Kelepasan 11

(4)

Dalam seksyen ini sebutan mengenai sesuatu Negeri atau

Wilayah Persekutuan hendaklah termasuk sebutan mengenai mana-mana pecah bahagian yang diiktiraf bagi sesuatu Negeri atau Wilayah

Persekutuan.

____________________________

Schedules