4. Pengecualian daripada hari kelepasan am
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan mengecualikan keseluruhan atau sebahagiannya daripada kuat kuasa Akta ini mana-mana pejabat awam atau mana-mana jabatannya dan pegawai dan pekerja pejabat atau Jabatan tersebut, dan sesudah itu, tertakluk kepada apa-apa batasan sebagaimana yang dikenakan oleh peraturan-peraturan itu, segala perbuatan dan perkara yang berhubungan dengan pejabat awam atau jabatan tersebut boleh dilakukan dan dilaksanakan pada mana-mana hari kelepsan am seolah-olah hari tersebut tidak diisytiharkan sebagai hari kelepasan am menurut kuasa Akta ini.
Hari Kelepasan 7
Hari kelepasan bank
*5. Beberapa hari yang disebut dalam Jadual Kedua hendaklah diterima sebagai hari kelepasan tutup bagi semua bank di
Semenanjung Malaysia dan kemudian daripada ini disebut sebagai hari kelepasan bank.