Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

7. Pembayaran, dsb. pada hari kelepasan am atau hari kelepasan bank

Feedback & support
(1)

Kecuali jika diperuntukkan dengan nyata sebaliknya melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau melalui kontrak bertulis, tiada seorang pun boleh pada hari kelepasan am dipaksa membuat apa-apa pembayaran di bawah, atau melakukan apa-apa perbuatan dalam melaksanakan, sesuatu kontrak:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh disifatkan sebagai menyentuh terma dan syarat perkhidmatan yang di bawahnya seseorang itu diambil bekerja.

(2)

Tiada seorang pun boleh pada hari kelepasan bank dipaksa membuat apa-apa pembayaran di dalam atau disesuatu bank atau melakukan di dalam atau di sesuatu bank apa-apa perbuatan yang memerlukan perkhidmatan bank.

*CATATAN―Semua bank di Semenanjung Malaysia tidak termasuk dalam kuat kuasa seksyen 5 dan

Jadual Kedua, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369]–lihat P.U.P. 346/1963.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 369

(3)

Obligasi untuk membuat pembayaran sedemikian atau untuk melakukan perbuatan tersebut hendaklah terpakai bagi hari yang berikutan hari kelepasan am atau hari kelepasan bank tersebut yang bukannya hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am atau hari kelepasan bank.

(4)

Pembayaran yang dibuat dan perbuatan yang dilakukan pada hari berikutnya itu adalah sama dengan pembayaran wang atau pelaksanaan perbuatan itu pada hari kelepasan tersebut.

Report