8. Menteri boleh menetapkan hari khas untuk diterima sebagai hari kelepasan bank atau hari kelepasan am
Feedback & supportMenteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang difikirkannya patut, menetapkan, berkenaan dengan Semenanjung Malaysia, atau Wilayah Persekutuan atau, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan sesuatu Negeri, suatu hari untuk diterima sebagai hari kelepasan am atau hari kelepasan bank sebagai tambahan kepada, atau untuk menggantikan, mana-mana hari yang disebut dalam Jadual dan sesudah itu Akta ini hendaklah, dalam Semenanjung Malaysia, atau Wilayah Persekutuan, atau dalam Negeri, yang berkenaan dengannya suatu hari telah ditetapkan untuk diterima sebagai hari kelepasan seperti yang disebut terdahulu, terpakai bagi hari itu dengan cara yang sama seolah-olah hari tersebut telah disebut dalam
Jadual Pertama atau Jadual Kedua mengikut mana-mana yang berkenaan.