Seksyen 6
Pihak Berkuasa Pengurusan
of Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008
(1)
Pihak Berkuasa Pengurusan yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan tumbuhan, haiwan atau apa-apa kombinasi tumbuhan dan haiwan termasuk bahagian yang mudah dikenali atau terbitan tumbuhan atau haiwan itu di dalam kawasan yang terdapat dalam masing-masing ruang kedua dan ketiga yang bersetentangan.
(2)
Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta meminda Jadual Pertama.
(3)
Walau apa pun subseksyen
(2)
,
Menteri hendaklah mendapatkan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri Sabah atau Sarawak sebelum membuat apa-apa pindaan kepada Jadual Pertama, jika Pihak
Berkuasa Pengurusan terletak di Negeri Sabah atau Sarawak.
Perdagangan Antarabangsa mengenai 15
Spesies Terancam