Seksyen 9
Fungsi Pihak Berkuasa Saintifik
of Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008
Pihak Berkuasa Saintifik hendaklah memberikan nasihat kepada Pihak Berkuasa Pengurusan Utama dan Pihak Berkuasa
Pengurusan tentang perdagangan antarabangsa mengenai spesies terjadual tentang —
(a)
kesan perdagangan itu terhadap kemandirian spesies terjadual;
(b)
kuota bagi eksport spesies terjadual;
(c)
penjagaan yang sewajarnya bagi mana-mana spesies terjadual yang hidup untuk diimport atau disimpan di
Malaysia;
(d)
langkah-langkah yang hendaklah diambil apabila tuaian spesies terjadual mengancam kemandiriannya;
(e)
rawatan yang sewajarnya bagi mana-mana spesies terjadual yang disita atau dirampas;
(f)
kaedah pelupusan bagi mana-mana spesies terjadual yang disita atau dirampas; dan
(g)
apa-apa perkara lain sebagaimana yang disifatkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Perdagangan Antarabangsa mengenai 17
Spesies Terancam