Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian II · Pihak Berkuasa
5. Fungsi Pihak Berkuasa Pengurusan Utama
Feedback & supportFungsi Pihak Berkuasa Pengurusan Utama adalah —
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 686
untuk menyelaraskan pelaksanaan dan penguatkuasaan peruntukan Akta ini oleh Pihak Berkuasa Pengurusan dan
Pihak Berkuasa Saintifik;
untuk berhubung dengan semua negara lain dan sekretariat
Konvensyen tentang segala perkara di bawah Akta ini;
untuk menyebabkan obligasi negara di bawah Konvensyen dipenuhi;
untuk mewujudkan kesedaran dan memberikan latihan, pendidikan dan maklumat yang berhubungan dengan
Konvensyen;
untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang disifatkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.