Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2012Read it in English
Contents

Bahagian V

29. Pesuruhjaya Persekutuan dan Negeri

(1)

Pihak Berkuasa hendaklah melantik dua orang Pesuruhjaya atau lebih daripada kalangan pegawai dan pekhidmat Pihak

Berkuasa untuk membantu Pihak Berkuasa melaksanakan fungsinya di bawah seksyen 28.

(2)

Sekurang-kurangnya seorang daripada Pesuruhjaya itu hendaklah diberi kuasa oleh Kerajaan Persekutuan untuk berhubung dengan dan menyelaraskan semua kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, perbadanan atau diperbadankan, Kerajaan

Persekutuan yang berkaitan untuk mempercepat pengeluaran atau pemberian semua Kelulusan yang dikehendaki atau yang ada di bawah undang-undang persekutuan.

(3)

Sekurang-kurangnya seorang daripada Pesuruhjaya itu hendaklah diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri Johor untuk berhubung dengan dan menyelaraskan semua jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, perbadanan atau diperbadankan, Kerajaan Negeri Johor yang berkaitan untuk mempercepat pengeluaran atau pemberian semua

Kelulusan yang dikehendaki atau yang ada di bawah undang-undang Negeri Johor.

34

Undang-Undang Malaysia

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan

Report