Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian V
Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian V
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
bekerjasama dengan dan membantu Pihak Berkuasa dalam melaksanakan fungsi Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;
jika berkaitan, merujuk dan menggunakan maklumat, statistik dan faktor yang disebarkan oleh Pihak Berkuasa di bawah perenggan 5(c) dalam melaksanakan fungsi dan kewajipannya, dalam menjalankan kuasanya, dan dalam menjalankan aktivitinya, dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar; dan
memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada dasar, undang-undang dan tindakan yang dicadangkan yang hendaklah terpakai bagi Wilayah Pembangunan Iskandar sebagaimana yang disyorkan oleh Pihak Berkuasa di bawah perenggan 5(d).