Seksyen 37
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
ActIn forceProvision 33 of 121
Seksyen 37
Kecuali jika dbenarkan oleh Hukum Syara’, seseorang yang menggunakan apa-apa kekerasan atau ugutan—
(a)
untuk memaksa seseorang berkahwin berten-tangan dengan kemahuannya; atau
(b)
untuk menahan seseorang lelaki yang telah mencapai umur lapan belas tahun atau sese-orang perempuan yang telah mencapai umur enam belas tahun dari berkahwin dengan sah-nya, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah di-hukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.