Skip to content

Seksyen 42

of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

ActIn forceProvision 38 of 121

Seksyen 42

(1)

Jika Pendaftar berpuas hati melalui akeran-ber-kanun ‘atau selainnya bahawa sesuatu catatan ber-hubungan dengan sesuatu perkahwinan adalah silap pada bentuk atau isinya, dia boleh, di hadapan orang-orang yang bernikah itu, atau, jika mereka tidak ada, di hadapan dua orang saksi yang boleh dipercayai, membetulkan kesilapan itu dengan memotong catatan itu dan membuat catatan yang betul dan dia hendaklah selepas itu mengarahkan supaya catatan dalam Daftar

Perkahwinan tempatan dibetulkan mengikut cara yang sama.

(2)

Pendaftar hendaklah menandatangani dan men-tarikhkan pembetulan yang dibuat dalam surat perakuan nikah itu dan dalam Daftar Perkahwinan tempatan itu.

(3)

Tiap-tiap catatan yang dibuat di bawah sub-seksyen (1) hendaklah diakusaksi oleh saksi-saksi yang di hadapannya catatan itu telah dibuat.

(4)

Suatu salinan pembetulan itu yang diperakui hendaklah dihantar dengan segera kepada Ketua

Pendaftar supaya suatu pembetulan yang serupa dibuat dalam Daftar Perkahwinannya.

[Bah. IV-V, S. 43-45]