Skip to content
In forceUpdated to 10 Oct 2024Read it in English

Act of Parliament

Akta Penjual Barang Kemas (Pelesenan) 1917 (Disemak - 2024)

Feedback & supportControl of jewellers

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penjual Barang Kemas

(Pelesenan) 1917.

(2) Akta ini terpakai bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

s 2Tafsiran

Bagi maksud Akta ini —

“penjual barang kemas” ertinya mana-mana orang yang untuk upah atau keuntungan —

(a)

membuat atau membaiki barang kemas;

(b)

mengubah atau menukarkan barang kemas daripada satu bentuk kepada yang lain;

 CATATAN—Akta ini terpakai di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan-lihat Ordinan Penyatuan

Undang-Undang [No. 5 tahun 1952] m.b.p. 23 Oktober 1952.

6

Undang-Undang Malaysia

(c)

membeli atau menjual atau selainnya berurus niaga dalam emas, perak, atau logam berharga yang lain atau dalam artikel secara keseluruhannya atau sebahagiannya dibuat daripada logam itu; atau

(d)

membaiki jam atau jam tangan;

“barang kemas” ertinya apa-apa artikel yang digunakan atau boleh digunakan pada pendapat mahkamah untuk perhiasan diri dan secara keseluruhannya atau sebahagiannya dibuat daripada emas, perak atau logam berharga yang lain;

“Pegawai Pelesen” ertinya pegawai yang menjaga daerah polis bagi daerah yang penjual barang kemas itu tinggal atau menjalankan perniagaan.

(1)

Semua penjual barang kemas hendaklah memperoleh daripada

Pegawai Pelesen suatu lesen dalam borang yang ditetapkan oleh

Jadual.

(2)

Lesen yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah —

(a)

diperoleh secara tahunan;

(b)

mempunyai tarikh dikeluarkan; dan

(c)

terus berkuat kuasa sehingga 31 Disember setiap tahun.

(1)

Tertakluk pada perintah Menteri, Pegawai Pelesen boleh mengeluarkan lesen kepada mana-mana orang dalam tempat itu apabila dibayar fi yang ditetapkan dan atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.

Penjual Barang Kemas (Pelesenan)

(2)

Suatu lesen berasingan hendaklah diperoleh oleh penjual barang kemas bagi setiap kedai yang dikendalikan olehnya.

(3)

Menteri boleh memerintahkan mana-mana lesen yang diberikan di bawah seksyen ini dibatalkan tanpa memberikan apa-apa sebab bagi perintah itu.

Polis hendaklah memaklumkan penjual barang kemas mengenai kehilangan harta, dsb., dan kewajipan penjual barang kemas

s 5Section 5

(1)

Polis hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas apa-apa kehilangan, kecurian atau pelupusan yang menyalahi undang-undang mana-mana harta, memberikan kepada semua penjual barang kemas yang berikut:

(a)

maklumat tentang harta yang hilang, dicuri atau selainnya dilupuskan dengan cara yang menyalahi undang-undang itu; dan

(b)

senarai dan perihalan mengenai harta yang hilang, dicuri atau selainnya dilupuskan dengan cara yang menyalahi undang-undang itu.

(2)

Mana-mana penjual barang kemas yang memiliki atau telah ditunjukkan atau ditawarkan mana-mana harta di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan segera memberikan maklumat harta itu bersama dengan nama dan alamat orang itu atau jika tiada perihalan orang yang menunjukkan atau menawarkan harta itu di balai polis terdekat atau kepada mana-mana pegawai polis.

s 6Kewajipan penjual barang kemas berkenaan dengan orang yang disyaki

Mana-mana penjual barang kemas yang mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa seseorang yang menawarkan apa-apa barang kemas bukannya pemunya yang sah barang kemas itu hendaklah dengan segera menangkap dan menahan orang itu bersama

8

Undang-Undang Malaysia dengan barang kemas itu, dan menyerahkan orang itu dan barang kemas itu kepada pegawai polis yang terdekat.

s 7Kuasa polis untuk masuk dan menggeledah

Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada koperal boleh memasuki mana-mana kedai barang kemas pada bila-bila masa pada siang hari dan boleh menggeledah tanpa waran rumah, kedai atau premis penjual barang kemas itu bagi apa-apa barang kemas yang semunasabahnya disyaki telah diperoleh dengan curang atau diletakkan di dalam rumah, kedai atau premis tukang emas itu.

Penjual barang kemas boleh diperintahkan untuk memulangkan barang kemas kepada pemunyanya yang sah

s 8Section 8

Kesalahan terhadap Akta ini boleh dibicarakan di hadapan mana-mana Mahkamah Majistret dan mahkamah boleh, setelah berpuas hati bahawa barang kemas yang ditemui dalam milikan atau jagaan mana-mana penjual barang kemas telah diperoleh dengan cara yang menyalahi undang-undang daripada pemunya, memerintahkan penjual barang kemas itu untuk memulangkan barang kemas itu kepada pemunya itu tanpa apa-apa bayaran dibuat bagi barang kemas itu atau atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan adil oleh mahkamah dalam hal keadaan setiap kes.

(1)

Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai penjual barang kemas kecuali dilesenkan di bawah Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda lima ratus ringgit dan dipenjarakan selama enam bulan.

Penjual Barang Kemas (Pelesenan)

9

Kaedah-kaedah

10. Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi maksud yang berikut:

(a)

menetapkan bahawa daftar disimpan oleh penjual barang kemas dalam apa-apa bentuk dan memberikan semua butir-butir sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri;

(b)

menetapkan fi yang kena dibayar di bawah subseksyen 4

(1)

;

(c)

menetapkan penalti bagi pelanggaran mana-mana kaedah-kaedah; atau

(d)

secara amnya bagi menjalankan maksud Akta ini dengan lebih baik.

CATATAN-Lihat Kaedah-Kaedah Penjual Barang Kemas (Pelesenan), Jil. V tahun 1953 Edisi Semakan, m.s 264, sebagaimana yang dipinda oleh No. S 44 tahun 1956.

10

Undang-Undang Malaysia

Schedules