2. Tafsiran
Feedback & supportBagi maksud Akta ini —
“penjual barang kemas” ertinya mana-mana orang yang untuk upah atau keuntungan —
membuat atau membaiki barang kemas;
mengubah atau menukarkan barang kemas daripada satu bentuk kepada yang lain;
CATATAN—Akta ini terpakai di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan-lihat Ordinan Penyatuan
Undang-Undang [No. 5 tahun 1952] m.b.p. 23 Oktober 1952.
6
Undang-Undang Malaysia
membeli atau menjual atau selainnya berurus niaga dalam emas, perak, atau logam berharga yang lain atau dalam artikel secara keseluruhannya atau sebahagiannya dibuat daripada logam itu; atau
membaiki jam atau jam tangan;
“barang kemas” ertinya apa-apa artikel yang digunakan atau boleh digunakan pada pendapat mahkamah untuk perhiasan diri dan secara keseluruhannya atau sebahagiannya dibuat daripada emas, perak atau logam berharga yang lain;
“Pegawai Pelesen” ertinya pegawai yang menjaga daerah polis bagi daerah yang penjual barang kemas itu tinggal atau menjalankan perniagaan.