Seksyen 7
Kuasa polis untuk masuk dan menggeledah
of Akta Penjual Barang Kemas (Pelesenan) 1917 (Disemak - 2024)
ActIn forceProvision 7 of 9
Seksyen 7
Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada koperal boleh memasuki mana-mana kedai barang kemas pada bila-bila masa pada siang hari dan boleh menggeledah tanpa waran rumah, kedai atau premis penjual barang kemas itu bagi apa-apa barang kemas yang semunasabahnya disyaki telah diperoleh dengan curang atau diletakkan di dalam rumah, kedai atau premis tukang emas itu.
Penjual barang kemas boleh diperintahkan untuk memulangkan barang kemas kepada pemunyanya yang sah