Seksyen 5
of Akta Penjual Barang Kemas (Pelesenan) 1917 (Disemak - 2024)
Seksyen 5
Polis hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas apa-apa kehilangan, kecurian atau pelupusan yang menyalahi undang-undang mana-mana harta, memberikan kepada semua penjual barang kemas yang berikut:
(a)
maklumat tentang harta yang hilang, dicuri atau selainnya dilupuskan dengan cara yang menyalahi undang-undang itu; dan
(b)
senarai dan perihalan mengenai harta yang hilang, dicuri atau selainnya dilupuskan dengan cara yang menyalahi undang-undang itu.
(2)
Mana-mana penjual barang kemas yang memiliki atau telah ditunjukkan atau ditawarkan mana-mana harta di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan segera memberikan maklumat harta itu bersama dengan nama dan alamat orang itu atau jika tiada perihalan orang yang menunjukkan atau menawarkan harta itu di balai polis terdekat atau kepada mana-mana pegawai polis.