Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian II · Majlis Penyeliaan Syariah
10. Pelantikan anggota Majlis Penyeliaan Syariah
Feedback & supportLembaga hendaklah melantik orang yang layak sebagai anggota Majlis Penyeliaan Syariah.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 31
Lembaga boleh, sebagai tambahan kepada anggota yang dilantik menurut subseksyen (1), melantik orang yang tidak memenuhi keperluan sebagai orang yang layak mengenai kelayakan dan kepakaran dalam undang-undang komersial Islam atau jurisprudens Islam tetapi mempunyai pengetahuan atau kepakaran dalam perbankan, kewangan, undang-undang, atau apa-apa disiplin berkaitan yang lain sebagai anggota Majlis
Penyeliaan Syariah.
Anggota Majlis Penyeliaan Syariah hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga daripada kumpulan wang Lembaga.