Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian XI · Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam

113. Perisytiharan atau pengiktirafan organisasi kawal selia sendiri Islam

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut, melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan atau mengiktirafkan bahawa sesuatu perbadanan atau organisasi hendaklah menjadi suatu organisasi kawal selia sendiri

Islam berhubung dengan suatu sektor atau industri tertentu, atau mana-mana bahagiannya, jika Lembaga berpuas hati bahawa perbadanan atau organisasi itu—

(a)

mempunyai suatu perlembagaan dan kaedah-kaedah dan polisi dalaman yang selaras dengan Akta ini dan apa-apa enakmen yang terpakai bagi sektor atau industri itu, atau sebahagian daripadanya;

(b)

mempunyai kapasiti dan sumber kewangan dan pentadbiran yang perlu atau wajar untuk menjalankan fungsinya dan fungsi pengawalseliaan atau penyeliaan yang hendaklah dilaksanakan olehnya, sebagai organisasi kawal selia sendiri Islam termasuk berurusan dengan pelanggaran undang-undang atau standard dan garis panduan yang terpakai;

(c)

tidak membeza-bezakan secara tidak munasabah terhadap seseorang dalam menawarkan akses kepada perkhidmatannya atau dalam menjalankan fungsinya sebagai organisasi kawal selia sendiri Islam;

(d)

diuruskan atau dikawal oleh pegawai atau orang yang mengawal yang merupakan orang yang layak dan sesuai di bawah Akta ini; dan

(e)

memenuhi apa-apa kriteria sebagaimana yang ditentukan dalam kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh Lembaga.

(2)

Lembaga boleh, melalui perkiraan bertulis, mewakilkan kuasa atau fungsi Lembaga kepada sesuatu organisasi kawal selia sendiri Islam.

Undang-Undang Malaysia 132

(3)

Sesuatu perkiraan yang disebut dalam subseksyen (2), hendaklah mengadakan peruntukan bagi—

(a)

mana-mana kuasa atau fungsi yang diwakilkan kepada organisasi kawal selia sendiri Islam di bawah subseksyen (2);

(b)

terma dan syarat yang atasnya kuasa atau fungsi itu telah diwakilkan dan boleh dijalankan oleh organisasi kawal selia sendiri Islam;

(c)

orang yang diberi kuasa untuk menjalankan perwakilan itu bagi pihak organisasi kawal selia sendiri Islam; dan

(d)

pengemukaan laporan berkala kepada Lembaga berkenaan dengan penjalanan kuasa atau fungsi yang diwakilkan oleh organisasi kawal selia sendiri Islam.

Report

Bahagian XII

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules