Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian IV · Dana Bersama Islam

32. Tafsiran

Feedback & support

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“pelabur” ertinya seseorang, termasuk penjaga dan pengunderait, yang merupakan pemunya sekuriti yang diterbitkan oleh suatu dana bersama Islam tetapi tidak termasuk seseorang yang mengambil inisiatif untuk membentuk atau mengelolakan perniagaan dana bersama Islam dan tidak mempunyai apa-apa pemunyaan dalam dana itu;

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 61

“pengendali”, berkenaan dengan suatu dana bersama Islam, ertinya—

(a)

jika dana bersama Islam itu ialah suatu perbadanan, seorang pengarah perbadanan itu;

(b)

jika dana bersama Islam itu ialah suatu perkongsian terhad, seorang pekongsi am dalam perkongsian terhad itu;

(c)

jika dana bersama Islam itu ialah suatu perkongsian liabiliti terhad, pekongsi ditetapkan dalam perkongsian liabiliti terhad itu; atau

(d)

jika dana bersama Islam itu ialah suatu amanah saham, seorang pemegang amanah bagi amanah itu;

“penaja” ertinya seseorang yang bertindak bersendirian atau bersama-sama dengan orang lain secara langsung atau tidak langsung yang mengambil inisiatif dalam membentuk atau mengelolakan perniagaan sesuatu dana bersama Islam, tetapi tidak termasuk seorang penjaga atau pengunderait yang menerima komisen pengunderaitan tanpa mengambil bahagian dalam penubuhan atau pengelolaan perniagaan dana bersama Islam itu;

“dana awam Islam berdaftarkan” ertinya suatu dana awam Islam yang didaftarkan di bawah seksyen 38;

“syer” ertinya satu syer atau lebih dalam modal syer sesuatu syarikat dana bersama Islam termasuk, dalam hal suatu syarikat berhad dengan jaminan, kepentingan seseorang anggota syarikat itu dan termasuklah suatu kepentingan dalam suatu perkongsian dana bersama Islam dan suatu saham dalam amanah saham dana bersama Islam.

Dana persendirian Islam

Report

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian V

Pelesenan Perantara Pasaran

Bahagian VI

Perbankan Islam Labuan

Bahagian VII

Perniagaan Takaful Labuan dan Aktiviti Berkaitan Takaful Labuan

Bahagian VIII

Amanah Islam Labuan

Bahagian IX

Yayasan Islam Labuan

Bahagian X

Perkongsian Terhad Islam Labuan dan Perkongsian Liabiliti Terhad Islam Labuan

Bahagian XI

Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam

Bahagian XII

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules