Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian XII

123. Rayuan

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan

Lembaga untuk menolak suatu permohonan bagi mendapatkan suatu lesen atau pendaftaran atau membatalkan suatu lesen atau pendaftaran di bawah Akta ini, boleh, dalam masa tiga puluh hari dari hari keputusan diberitahu kepadanya, merayu kepada

Lembaga secara bertulis.

(2)

Lembaga hendaklah, selepas menimbangkan rayuan di bawah subseksyen (1), membuat suatu keputusan muktamad dan hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis tentang keputusannya.

(3)

Seseorang pemohon yang terkilan dengan keputusan

Lembaga di bawah subseksyen (2), boleh dalam masa tiga puluh hari dari hari keputusan itu diberitahu kepadanya, merayu kepada

Menteri secara bertulis yang boleh mengesahkan, mengubah atau mengakaskan keputusan itu, dan keputusan Menteri adalah muktamad.

(4)

Bagi mengelakkan keraguan, suatu rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan (3), tidak menggantung keputusan yang rayuan sedang dibuat terhadapnya.

Report

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules