Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bab 2

26. Pengecualian dan tanggung rugi pemegang amanah bagi pemegang Sukuk daripada liabiliti

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen ini, sesuatu terma, peruntukan atau waad suatu Sukuk atau surat ikatan amanah suatu terma kontrak dengan pemegang Sukuk yang dijamin oleh suatu surat ikatan amanah adalah tidak sah setakat yang terma, peruntukan atau waad itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, akan mempunyai kesan—

(a)

mengecualikan pemegang amanah bagi pemegang Sukuk daripada liabiliti kerana melanggar mana-mana peruntukan

Undang-Undang Malaysia 50

Bahagian ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap cermat dan usaha yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah;

(b)

menanggung rugi seseorang pemegang amanah bagi pemegang Sukuk terhadap liabiliti kerana melanggar mana-mana peruntukan Bahagian ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap cermat dan usaha yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah, melainkan jika terma, peruntukan atau waad itu—

(A)

melepaskan pemegang amanah itu daripada liabiliti kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan sebelum pelepasan itu diberikan; atau

(B)

membolehkan suatu mesyuarat pemegang Sukuk untuk meluluskan pelepasan pemegang amanah daripada liabiliti kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan sebelum pelepasan itu diberikan.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(B)—

(a)

suatu pelepasan diluluskan jika pemegang Sukuk yang mengundi bagi ketetapan itu memegang sebanyak tujuh puluh lima peratus daripada nilai nominal Sukuk yang dipegang oleh semua pemegang Sukuk yang hadir pada mesyuarat itu dan mengundi untuk ketetapan itu; dan

(b)

seseorang pemegang Sukuk hadir pada mesyuarat itu dan mengundi untuk ketetapan itu jika—

(i)

pemegang Sukuk itu hadir sendiri pada mesyuarat itu dan mengundi untuk ketetapan itu; atau

(ii)

jika proksi dibenarkan, pemegang Sukuk itu diwakili pada mesyuarat itu oleh seorang proksi dan proksi itu mengundi untuk ketetapan itu.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 51

Report

Bahagian IV

Dana Bersama Islam

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian V

Pelesenan Perantara Pasaran

Bahagian VI

Perbankan Islam Labuan

Bahagian VII

Perniagaan Takaful Labuan dan Aktiviti Berkaitan Takaful Labuan

Bahagian VIII

Amanah Islam Labuan

Bahagian IX

Yayasan Islam Labuan

Bahagian X

Perkongsian Terhad Islam Labuan dan Perkongsian Liabiliti Terhad Islam Labuan

Bahagian XI

Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam

Bahagian XII

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules