Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian IV · Dana Bersama Islam
34. Dana persendirian Islam hendaklah menyerahkan memorandum maklumat atau dokumen tawaran yang lain
Feedback & supportSesuatu dana persendirian Islam hendaklah menyerahkan memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran lain yang berhubungan dengan dana persendirian Islam itu yang berupa sebagai memperihalkan perniagaan dan hal ehwal dana persendirian
Islam itu kepada Lembaga.
Memorandum maklumat atau dokumen tawaran lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diserahkan oleh suatu dana persendirian Islam melalui mana-mana entiti berlesen yang hendaklah berpuas hati dengan semunasabahnya bahawa—
memorandum maklumat atau dokumen tawaran lain yang diserahkan itu merujuk kepada suatu dana persendirian
Islam yang ditakrifkan di bawah Akta ini; dan
tiada unsur fraud yang terlibat dalam penubuhan dana persendirian Islam itu.
Sesuatu memorandum maklumat atau dokumen tawaran lain yang diserahkan oleh suatu dana persendirian Islam hendaklah disifatkan sebagai suatu prospektus setakat yang ia berhubungan dengan liabiliti dana persendirian Islam itu bagi apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat suatu peninggalan yang material.
Apabila memorandum maklumat atau dokumen tawaran lain di bawah subseksyen (1) diterima, Lembaga hendaklah mencatatkan butir-butir memorandum maklumat atau dokumen tawaran lain itu dalam daftar yang disenggarakan menurut Bab 6 Bahagian ini.