Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bab 5
52. Kewajipan pengurus dana, penjaga atau pemegang amanah untuk bertindak bebas daripada satu sama lain
Feedback & support(1)
Seorang pengurus dana, penjaga atau pemegang amanah, suatu dana awam Islam—
(a)
hendaklah orang yang berlainan dan bertindak bebas daripada satu sama lain;
(b)
hendaklah bukan suatu perbadanan berkaitan bagi orang yang satu lagi itu; dan
(c)
hendaklah tidak mempunyai pengarah eksekutif atau pegawai lain yang sama.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.