Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bab 6

54. Akaun dan audit

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap dana awam Islam berdaftar hendaklah—

(a)

menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan akaun dan rekod dan hendaklah, selepas berakhir setiap tahun kewangan menyebabkan supaya disediakan suatu penyata akaun bagi tahun kewangan itu yang hendaklah termasuk suatu kunci kira-kira dan suatu akaun pendapatan dan perbelanjaan mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum yang terpakai di Malaysia atau di mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf;

(b)

menyimpan apa-apa rekod perakaunan dan penyata kewangan atau salinan-salinan benarnya di tempat perniagaannya di Labuan dan menjadikannya tersedia untuk diperiksa oleh Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga;

(c)

menyimpan di tempat perniagaannya di Labuan dan menjadikannya tersedia untuk Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga apa-apa rekod, penyata, dokumen atau maklumat lain sebagaimana yang ditetapkan secara bertulis oleh Lembaga;

Undang-Undang Malaysia 76

(d)

dalam masa tiga bulan dari berakhirnya setiap tahun kewangan mengemukakan kepada seorang juruaudit penyata kewangan yang disebut dalam perenggan (a) dan apa-apa rekod dan maklumat lain itu yang dikehendaki bagi pengauditan mengikut prinsip pengauditan yang diterima umum yang terpakai di Malaysia atau di mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf; dan

(e)

mengadakan atau menjadikan tersedia untuk diperiksa oleh semua pelabur dana itu penyata kewangan yang disebut dalam perenggan (a) berserta dengan laporan juruaudit tentangnya.

(2)

Rekod perakaunan dan penyata kewangan yang dikehendaki disimpan mengikut subseksyen (1) boleh disimpan dalam apa-apa mata wang dan dalam apa-apa bahasa, tetapi jika rekod perakaunan dan penyata kewangan itu disimpan dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, suatu terjemahan ke dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, yang ditentusahkan mengikut cara yang memuaskan hati Lembaga, hendaklah disimpan oleh dana awam Islam itu berserta dengan rekod perakaunan dan penyata kewangan itu.

Report

Bahagian V

Pelesenan Perantara Pasaran

Bahagian VI

Perbankan Islam Labuan

Bahagian VII

Perniagaan Takaful Labuan dan Aktiviti Berkaitan Takaful Labuan

Bahagian VIII

Amanah Islam Labuan

Bahagian IX

Yayasan Islam Labuan

Bahagian X

Perkongsian Terhad Islam Labuan dan Perkongsian Liabiliti Terhad Islam Labuan

Bahagian XI

Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam

Bahagian XII

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules