Skip to content

Seksyen 113

Dividen kena dibayar daripada keuntungan sahaja

of Akta Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2005 (Belum Berkuat Kuasa)

ActIn forceProvision 113 of 127
Seksyen 113

(1)

Tiada apa-apa dividen boleh kena dibayar kepada mana-mana pemegang syer mana-mana syarikat Langkawi kecuali daripada keuntungan.

(2)

Tiap-tiap pengarah suatu syarikat Langkawi yang dengan sengajanya membayar atau membenarkan dibayar apa-apa dividen daripada apa-apa yang disedarinya bukan keuntungan melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 109

Penggunaan perkataan “Corporation”, dsb.